


Dalam post sebelum ini, saya ada membicaraan tentang saat kehancuran yang sedang menanti kita akibat dari tidak mengimbangi pembangunan rohaniah sejajar dengan tuntutan Islam, dengan pembangunan fizikal kebendaan. Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya, "akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yang halal atau yang haram" (Riwayat Al-Bukhari).
Sikap sesetengah pengguna jalanraya (iaitu, mereka yang mengutip syilling untuk poket sendiri dan bukannya bertujuan memulangkan kepada sipemilik) yang mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain, dengan "mencuri secara terbuka", tidak hormat sipemilik yang sedang terlantar trauma, tidak takut kepada pihak berkuasa (apatah lagi Allah SWT) mencerminkan keruntuhan akhlak generasi kita masakini. Jika anda ingat, ini bukan pertama kali perkara seumpama ini berlaku. Dulu di pantai Terengganu, orang ramai mengambil barangan dari kontena-kontena hanyut dari kapal yang kemalangan di tengah lautan.
Nampaknya sikap sebegini sudah jadi budaya. Malangnya kita!. Kita sedang menanggung kehinaan akibat meminggirkan Islam dalam pembangunan diri, keluarga, kejiranan, masyarakat dan negara. Hanya satu sebab kepada masalah ini - individu yang tidak kenal Allah SWT. Bila tak kenal, maka tak takut! Persoalan seterusnya, sejauh mana kita komited untuk melahirkan diri serta generasi yang kenal Allah SWT? Cuba jawab kepada diri sendiri dengan ilmu dan keikhlasan.
No comments:
Post a Comment