Insyaallah, anak saya akan menduduki UPSR tahun ini. Tarikhnya, 13 September 2011. Maknanya, tinggal tak sampai sebulan lagi. Namun, sukar sungguh untuk saya memastikan beliau istiqamah mentelaah pelajaran. “Celiko” kata orang Kelante atau “Dekko” kata orang Ganung, yang bermaksud mengelak daripada buat apa yang disuruh. Bbuih mulut menasihatkan beliau yang “susah beliau sekarang adalah untuk senang kemudian”.
Samalah juga dengan kedudukan kita semua sekarang. Hari ini. Minggu ini. Kita berada di hari-hari terakhir Ramadhan 1432H/2011. Dalam masa kurang 10 hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Allah SWT sediakan tawaran yang dapat bantu memberi kesenangan kepada kita di alam akhirat yang kekal abadi nanti. Lailatul Qadr – kelebihan umpama beramal 1000 bulan (83 tahun). Agaknya berapa ramai daripada kita yang baca buletin ini berumur 83 tahun?. Kalau ada pun, adakah ibadatnya sempurna 83 tahun?
Panduan diberi lagi untuk mudahkan kita – malam-malam yang ganjil! Tinggal berapa malam lagi malam-malam yang ganjil?. Namun, adakah kita sanggup bersusah sedikit sekarang unutk senang kemudian? Atau ianya sama saja dengan 10 terakhir Ramadhan di tahun-tahun sudah?. Bbuih mulut orang-orang yang beri peringatan mengingatkan kita tentang hal ini tapi, gitulah kitaaaa….PELUANG MASIH ADA UNTUK KITA BERBEZA TAHUN INI. ALANGKAH BERTUAHNYA KITA JIKA DAPAT “BERTEMU” LAILATUL QADR TAHUN INI …. KERANA SUDAH TERLALU LAMA KITA LEPASKAN PELUANG YANG DIBERI!.
No comments:
Post a Comment