Kalau ikut pengiraan di atas, dalam tempoh 24 jam sehari, hanya tak sampai 1 jam (0.6 jam atau 3%) dihabiskan untuk solat, 7 jam (atau 29%) untuk tidur dan 8 jam (atau 33%) untuk bekerja. Saya berumur awal 40an. Ikut kolum umur 40 tahun dalam pengiraan di atas, saya hanya gunakan 1 tahun lebih sedikit (iaitu 1.1 tahun) untuk solat, tidur pula 11.7 tahun dan bekerja 13.3 tahun, selama hidup 40 tahun ini. Emmmmmm…sikitnya masa solat saya. Kalau yang sedikit ini disedikitkan lagi dengan tak solat, solat melepaskan batuk ditangga, solat Formula 1, solat masa budak-budak, solat masa remaja-teruna-dara, solat menurun cari benda hilang dan sebagainya…..apalah yang tinggal untuk dipersembahkan kepada Allah SWT agaknya….Allahuakbar!. Pelik tapi benar, SOLAT yang pertama akan ditanya tapi sedikit dan ala kadar persediaan kita.
Allah SWT Maha Pemurah Maha Penyayang. Dia anugerahi kita Ramadhan untuk beri peluang kita tingkatkan KUANTITI & KUALITI DALAM AMALAN….yang sunat dapat ganjaran wajib dan amalan semasa Lailatul Qadr dapat ganjaran umpama beramal 83 tahun (1000 bulan). Orang dah biasa sebut, kita pun dah biasa dengar dan kita pun mungkin biasa sebut…Namun, hanya diri kita sendiri dan Allah SWT yang sebetulnya tahu seserius mana kita merebut ganjaran Ramadhan, ganjaran Lailatul Qadr!. Bertindaklah sewajarnya sebelum terhentinya waktu buat kita….
No comments:
Post a Comment