Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Saturday, August 27, 2011
Tiga (3) golongan yang tidak ditolak doa mereka
KITA SEDANG BERPUASA. KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG TIDAK DITOLAK DOA MEREKA. JANGAN SIA-SIAKAN KELEBIHAN INI.... Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"
(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)
No comments:
Post a Comment