Friday, August 12, 2011

Graf Ramadhan kita...

Kita dah masuk ke blok 10 kedua Ramadhan. Cepat sungguh rasanya Ramadhan bergerak meninggalkan kita. Ramadhan seharusnya membawa kita secara individu, keluarga dan masyarakat ke tingkat taqwa yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Rasulullah SAW kata malang sungguh mereka yang berkesempatan melalui Ramadhan tapi tidak diampunkan dosanya. Malanglah jika Ramadhan tidak bawa apa-apa kesan kepada hati, pemikiran serta tindakan kita. Kita punyai pilihan untuk lakarkan graf Ramadhan kita sendiri.

  • Graf A: semakin bertambah hari dalam Ramadhan, semakin bertambah amalan dan taqwa kepada Allah – lebih rajin solat, baca al-qur’an, dah mula qiamullail, sedekah pantang jumpa peluang, hadir majlis ilmu, bantu orang, lebih penyabar dan sebagainya.
  • Graf B: semakin bertambah hari dalam Ramadhan, semakin berkurang amalan dan taqwa kepada Allah – dah biasa lantas tak payah bersahur, terawih diganti dengan shopping baju raya (sebab siang hari panas!), tadarrus al-qur’an dah banyak tertinggal jadi tinggal terus je lah, “Ah! Tak payah bagi lah kuih kepada jiran sebelah sebab pinggan aku kat rumah dia masa ramadhan lepas pun tak ‘balik-balik’!”...


No comments:

Post a Comment