Tuesday, August 23, 2011

Islam kata A, kita buat D, maka kita dapatlah D....

Beberapa sahabat menyatakan kerisauan, "Hei...Raya dah dekat. Nanti berlakulah apa yang berlaku saban tahun dalam masyarakat kita ni - kita balik beraya di kampung, rumah kita/jiran/rakan dipecah masuk." Ini keluhan tentang satu isu iaitu isu keselamatan harta benda semasa musim perayaan. Isu ini menggambarkan ketidaktenangan dalam masyarakat kita.

Analogi saya - cikgu buat soalan ujian dan memberitahu murid-muridnya, "jika kamu nak lulus, buat begini begini begini". Murid-murid degil tak ikut saranan cikgu. Akhirnya, gagal!.

Samalah dengan kita. Allah SWT dah bagi garis panduan. Dia Maha mengetahui sebab Dia yang cipta kita, malah segala-galanya. RasulNya menyampaikan, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi. (Riwayat Iman Malik)

Kita akan sejahtera jika ikut sepenuhnya Islam. Tapi, kita degil. Kita ikut yang mana kita rasa nak ikut. Dalam ikut pun, ada yang kita ubahsuai. Al-Qur'an, jikapun kita baca, kita tak amal. Jikapun diamal, tidak sepenuhnya. Natijahnya, kehidupan kita menemui kegagalan/kepincangan/kecelaruan/ketidaktenangan.

Prinsip "Prevention is better than cure" ada dalam Al-Qur'an. Contoh, Allah SWT kata kena suruh anak-anak solat seawal 7 tahun dan pukul jika ingkar di usia 10 tahun. Contoh lagi, Allah SWT suruh sebelum apa-apa terjadi, perempuan kena tutup aurat dan jaga batas pergaulan lelaki perempuan. Kita ingkar. Kita tak patuh. Contoh lagi, Allah melarang menghampiri zina (rujuk surah al-Isra', ayat 32).

Kita bukan saja tak ikut prinsip "prevention" ini, bila dah berpenyakit, ubatnya pun kita tak ikut Al-Qur'an. Kita sememangnya cari penyakit dan tak mahu berubat. Allah SWT kata Al-Qur'an itu pengubat kepada semua masalah. Kita berterusan ingkar.... JADI BENARLAH KATA ALLAH SWT, KEGAGALAN/KEPINCANGAN/KECELARUAN/KETIDAKTENANGAN YANG KITA SEDANG HADAPI SEKARANG INI SAMADA DI PERINGKAT DIRI/KELUARGA/MASYARAKAT, ADALAH DISEBABKAN OLEH TANGAN-TANGAN KITA SENDIRI.

No comments:

Post a Comment