Kelmarin seorang usahawan di kawasan saya dijemput pulang ke rahmatullah. Beliau terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebelah pagi. Berita kematian mungkin kita dengar setiap hari. Namun, sejauh mana ianya menyentuh hati kita. Tentang usahawan tadi, terfikir dalam hati saya...."beliau mungkin merancang untuk berbuka dengan keluarga dengan pelbagai juadah di sebelah petangnya, namun masa untuknya sudah sampai....beliau disemadikan selepas Asar". Perkara yang sama boleh terjadi kepada sesiapa saja bila sampai waktunya - tidak awal sedetik, tidak lewat sedetik!. Segala perancangan kita (kerjaya, harta benda, anak pinak) TERHENTI......Bila roh dikeluarkan daripada badan, roh akan melihat jasad yang terbujur kaku tanpa dapat berbuat apa-apa lagi. Kita berseorangan membawa diri, berhadapan dengan persoalan dan survival di alam akhirat yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment