Begitulah juga dengan orang yang tak suka/liat nak solat, malas bersedekah, menjauhi rumah Allah dan majlis ilmu, susah nak tolong orang, dedah aurat, ingkar hukum hakam Allah swt. Bukannya tak tahu ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk hambanya yang bertaqwa. Orang begini sebenarnya berpenyakit....
Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Tuesday, November 29, 2011
Berpenyakit....
Begitulah juga dengan orang yang tak suka/liat nak solat, malas bersedekah, menjauhi rumah Allah dan majlis ilmu, susah nak tolong orang, dedah aurat, ingkar hukum hakam Allah swt. Bukannya tak tahu ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk hambanya yang bertaqwa. Orang begini sebenarnya berpenyakit....
Monday, November 28, 2011
Saturday, November 26, 2011
Kita derhaka dan sesat bila buat pilihan....
Jalan ikhlas....
- Kes 1 - jika kita ikhlas nak balik kampung untuk ziarah atau berbakti kepada ibu/bapa yang keseorangan, insyaallah Dia akan temukan kita dengan ruang masa walaupun dalam kesibukan. Pitih bukan jadi masalah walaupun "poket kosong", pemanduan jadi lancar dan selamat walaupun hujan ribut, dan perjalanan jauh dirasakan sekejap tanpa lesu mudarat. Sebaliknya, jika kita memang tiada kehendak, kesibukan boleh tiba-tiba datang, kereta yang selalunya elok tiba-tiba 'buat hal', dan macam-macam jadi halangan.
- Kes 2 - jika kita ikhlas nak bangun pagi dan pergi solat Subuh berjemaah di masjid/surau, insyaallah Dia permudahkan. Tak kunci jam loceng pun boleh tiba-tiba terjaga tepat pada masanya, air pili yang dingin tak jadi masalah. Sebaliknya, jika kita memang tak nak, jam loceng besar pintu dengan gegaran sekuat bom C4 pun tiada kesan.
Tuesday, November 22, 2011
Kena jawab....
Kita tahu yang Bos kepada segala bos, iaitu Allah swt, boleh "panggil" kita anytime, anywhere, samada kita bersedia atau tidak. Kita kerap kali terima makluman melalui email organisasi tentang rakan staf yang "dipanggil" Allah. Bila lihat umur mereka, ramai yang seusia atau lebih muda daripada kita. Kita sepatutnya sudah panas punggung....
Rasulullah saw memberitahu kita tentang soalan-soalan yang perlu kita jawab di hadapan Allah swt nanti. Sabda Baginda yang bermaksud,
kaki manusia pada hari Kiamat tidak berganjak dari sisi Tuhannya sehingga ditanya tentang empat perkara:
1) tentang umurnya untuk apa dia pergunakan,
2) tentang usia mudanya untuk apa dia habiskan,
3) tentang hartanya dari mana dia peroleh dan untuk apa saja dibelanjakan, dan
4) tentang ilmunya untuk apa diamalkan.
Persoalannya, adakah kita takut memikirkan tentang hal ini? Adakah kita sibuk "menyediakan jawapan" kepada soalan-soalan bocor ini?
Dalam hubungan kita dengan bos di pejabat tadi, takut bukan dalam ertikata kunci pintu bilik, off telefon bimbit atau diam tanpa buat apa-apa....takut di sini dalam ertikata kita bekerja sebaik mungkin dan cuba menepati kualiti yang dikehendaki bos. Dalam hubungan dengan Allah swt, kita berusaha untuk jadikan taqwa pakaian kita dalam menjalani setiap apa jua aktiviti kehidupan. Insyaallah dan kita berdoa agar kita dapat menjawab semua persoalan dengan baik.
"CCTV"
Allah kata Dia tugaskan 2 malaikat untuk merekod segala perbuatan dan percakapan manusia semasa hidup di dunia. Allah swt berfirman yang bermaksud,
Kita kata kita percaya kepada Allah & Al-Qur'an. Mengapa ayat-ayat Allah tiada kesan kepada kita. CCTV manusia lebih memberi kesan kepada kita daripada "CCTV" Allah swt.
Monday, November 21, 2011
MEMBERI & MENERIMA
Semasa nak buat pembayaran sampul surat warna putih, sipenjual kata,
"saya beri percuma saja sampul surat putih ni sebab ada sedikit bintik-bintik hitam".
Isteri saya kata kepada anak saya,
"sebab Hadi sedekah sampul surat kepada kawan tadi, Allah buka hati sipenjual untuk beri Hadi percuma sampul surat warna putih".
Sunday, November 20, 2011
Kesan pinggirkan Islam....
Friday, November 18, 2011
Hidup bersama ibubapa di usia emas mereka (3)
Hidup bersama ibubapa di usia emas mereka (2)
Hidup bersama ibubapa di usia emas mereka (1)
Friday, November 11, 2011
Hidup dunia yang singkat
Minggu lepas, saya balik kampung bersama keluarga untuk tempoh 2 hari. Semasa mengemas pakaiannya, anak saya yang berumur 12 tahun berkata,
“Abah! Tak payah bawa pakaian banyak lah dok sebab kita nak balik kampung sekejap je. Cuti sekolah ni baru bawa banyak pakaian sebab nak balik lama”.
Kanak-kanak pun tahu iaitu persiapan sepatutnya selari dengan tempoh – tempoh singkat, persiapan sepatutnya ala kadar. Tempoh lama, persiapannya barulah hebat.
Dalam surah Al-Mu’minun, ayat 112 hingga 114, Allah berdialog tentang tempoh kehidupan di dunia yang singkat:
- Dia (Allah) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” (112)
- Mereka menjawab, “Kami tinggal (di Bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.” (113)
- Dia (Allah) berfirman, “Kamu tinggal (di Bumi) hanya sebentar saja jika kamu benar-benar mengetahui.” (114)
Ironinya, walaupun kehidupan di dunia ini singkat dan kehidupan di akhirat never ending story, ramai daripada kita buat persiapan hebat untuk dunia dan ala kadar untuk akhirat.
Jalan keluar...
Firman Allah swt bermaksud,
At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Jika anda memenuhi prasyaratnya seperti taqwa dan berserah bulat-bulat kepada Allah, insyaallah anda akan lihat kenyataannya kerana Allah menepati janjiNya. Cuma yang bermasalahnya, sentiasa di pihak kita selaku hambaNya.
Seorang rakan berkongsi kisahnya. Beliau perlu membuat pembayaran upah pembinaan rumahnya namun kekurangan wang. Wang tuntutan pinjaman pula tidak diketahui bila akan diterima. Yang pasti, wang tuntutan pinjaman tidak dijangka diterima pada minggu itu kerana tuntutan baru dibuat. Sehingga pagi hari yang perlu dibayar upah tersebut, rakan tadi masih buntu kerana wang bayaran upah masih jauh daripada mencukupi. Selepas solat subuh pagi tersebut, beliau ke mesin ATM untuk melihat baki akaunnya. Alangkah terkejut bila mendapati wang tuntutan pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaunnya. Tiga minggu selepas peristiwa itu, beliau berada di keadaan yang sama - wang tidak mencukupi untuk membayar upah. Kali ini, beliau pasti yang wang tuntutan pinjaman tidak akan diterimanya kerana ianya baru dibayar pada tiga minggu lepas. Sehari sebelum pembayaran upah perlu dibuat, adiknya datang ke rumah dan tiba-tiba menawarkan untuk memberinya pinjam duit. Kata adiknya, "Saya tak guna duit tu lagi. Kalau abang nak pinjam bolehlah". Kebiasaannya, jarang orang ingin bagi pinjam duit walaupun diminta, walaupun kaum keluarga atau kenalan rapat. Bila rakan tadi menanyakan kepada adiknya mengapa ingin baginya pinjam duit, jawab adiknya, "Entahlah. Saja rasa nak bagi abang pinjam. Lagipun, saya tak guna lagi duit itu".
Apa yang dapat dipelajari di sini ialah, Allah boleh datangkan bantuan secara terus kepada kita ataupun melalui orang lain. Tingkatkan ketaqwaan dan keyakinan kita kepada Allah dengan mengamati apa yang berlaku kepada kita dan orang lain.
Tinggal solat....
Wednesday, November 9, 2011
Usia tua...
Kita pernah dengar ‘ibu seorang dapat jaga 10 orang anak tapi anak 10 orang belum tentu dapat jaga ibu seorang’. Seorang kenalan berkata, “eh! Anak-anak saya dok gitu!”. Kenalan saya itu masih belum pencen dan sihat walafiat. Setiap kali cuti panjang, beliau bersama isteri akan ke KL menziarahi anak-anaknya kerana ke semua anak-anaknya bekerja dan tinggal di KL. Kadang-kadang ke KL sebab anak panggil suruh jaga cucu sebab anak nak pergi bercuti bersama keluarganya. Bagi saya ukuran sebenar kejayaan ibubapa mendidik anak-anak hanya bermula ketika ibubapa berada di usia tua.....
.......usia di mana pasangan sudah tiada (untuk diajak berbual, mengadu hal dan menjadi pendengar setia), telinga sudah tak dengar (asyik berdengung dan berdesing), mata dah kurang nampak (gosok berkali-kali pun masih rasa berhabuk/berpasir/berkabus dan tulisan nampak pecah-pecah/tak sharp), makan pun asyik terlekat dan minum pula asyik jeli’ (tersedak), sukar untuk tidur malam dan tak genero (lena), badan-badan sentiasa rasa lenguh-lenguh dan kebas, bernafas pun asyik tak lepas, jalan dua tiga langkah dah tercungap-cungap, pegang secawan air pun tangan terketar-ketar, takut kepada kegelapan (tidur malam suruh anak cucu buka lampu), air paip yang sejuk rasa macam cucukan pisau tajam jika terkena badan, bila bercakap anak cucu kata, “ayah/mak/atuk/nenek ni asyik cakap benda sama”, nak berjalan terpaksa berpaut kiri dan kanan.
Di ketika sebegini, adakah anak-anak yang 10 orang itu berebut untuk menjaga ibubapa atau memberi pelbagai alasan dan “tolak-menolak” sesama mereka untuk tidak menjaga ibubapa?.
Raudhah...
Tuesday, November 1, 2011
Menikmati sakit!
Pada 25/10/2011, penyakit gout saya datang lagi. Sebelah kaki bengkak, berminyak dan merah macam udang bakar. Jalan pun, “heret kaki”. Isteri dan anak-anak kata saya berjalan macam zombi (the walking dead). Gout dah jadi ‘sahabat yang tak dialu-alukan’ saya sejak 6 tahun lepas. ‘Tak dialu-alukan’ sebab sakitnya bukan kepalang – jika hujung kain pelikat terkena di tempat bengkak, rasanya macam hirisan pisau tajam!. Umumnya, kita tak suka penyakit sebab ia menyakitkan dan menyusahkan. Kita lupa yang sakit, seperti juga sihat, semuanya daripada Allah. Dalam Al-Qur’an, Allah menyatakan bahawa ada hikmah di sebalik kejadianNya dan Dia tidak membebankan hambaNya dengan apa yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNya. Kita juga diberitahu bahawa muslim sejati akan menganggap sihat dan juga sakit, baik untuknya. Jika sihat, ‘Alhamdulillah’ terucap dimulutnya. Jika sakit, dia ucap ‘Innalillahiwainnailahirajiun’, reda serta sabar menghadapinya. Walaupun sukar, kita kena berusaha untuk menikmati sakit – apabila ditimpa penyakit, tidak mengeluh, tidak bersangka buruk terhadap Allah dan jadikan ia peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Dia, Tuhan Yang Maha Esa. Kali ini saya berazam untuk menjadikan gout saya ini ‘sahabat yang dialu-alukan’. Lihat sakit dari perspektif berbeza:
- Sakit buat mulut menyebut, “Allahhhhhhh….Allahhhhhhh….”. Susah kita nak tengok orang yang sedang sakit berada dalam keadaan gembira dan ketawa, “kah!kah!kah!”?. Sihat/senang/selesa mudah buat kita lupa diri, lupa sebut nama Allah, lupa untuk "tunduk"....
- Masa sakit, nak berjumpa orang atau bercakap pun malas. Justeru, sakit telah menjauhkan kita daripada dosa berkaitan mulut dan telinga seperti mengumpat, memaki hamun, memfitnah, berbohong, menipu dan sebagainya.
- Masa sakit, tiada kehendak untuk berhibur atau pergi ke tempat keramaian. Biasanya langkah jadi panjang ketika sihat - ada orang masuk Giant/Mydin/Megamall pagi dan keluar malam hingga terlewat atau terlepas waktu solat, dan sebagainya.
- Selera makan kurang atau terus hilang bila sakit. Sakit telah mengelak kita daripada membazir dengan makan melebihi keperluan dan buat kita akur yang selera makan anugerah Allah yang tidak boleh dibeli dengan duit. Makanan laut dan daging sudah bertahun tak jadi hidangan di rumah saya. Terimakasih kepada isteri dan anak-anak yang berkorban demi saya. Tapi, bila saya outstation, mereka merdeka! merdeka! merdeka!. Pernah satu hari, ketika berada di Shah Alam kerana menghadiri mesyuarat, anak saya telefon dan terrrrr…sebut,
“Abah! Tadi ummi beli udang besarrrrrrr….best!! ummi masak mee goreng, Banyak udang daripada mee!”.
- Masa sakit, kita kenal hospital/klinik – beri peluang untuk melihat walau seteruk manapun kita, ada lagi orang lain yang lebih teruk keadaan mereka. Kita jadi lebih bersyukur dan sedar betapa ruginya kita yang mensia-siakan nikmat sihat. Sakit menyedarkan kita yang kita lemah. Dua tahun lepas, saya pernah kena gout di kedua-dua belah kaki. Nak ke tandas, isteri dan anak-anak usung. Subhanallah!.