Tuesday, November 22, 2011

Kena jawab....

Pernah dipanggil oleh bos? Kita jadi tertekan bila dipanggil oleh bos walaupun kita tak tahu sebab apa kita dipanggil. Kadang-kadang bila kawan sepejabat atau setiausaha bos beritahu, "Bos nak jumpa awak", kita dah rasa tak senang duduk. Banyak perkara berlegar-legar di fikiran, "sebab apa bos nak jumpa aku?", "Aku dah buat silap ke?", "Bos nak tanya aku apa ya?", "Guano kalau aku tak boleh jawab apa yang bos tanya?".

Kita tahu yang Bos kepada segala bos, iaitu Allah swt, boleh "panggil" kita anytime, anywhere, samada kita bersedia atau tidak. Kita kerap kali terima makluman melalui email organisasi tentang rakan staf yang "dipanggil" Allah. Bila lihat umur mereka, ramai yang seusia atau lebih muda daripada kita. Kita sepatutnya sudah panas punggung....

Rasulullah saw memberitahu kita tentang soalan-soalan yang perlu kita jawab di hadapan Allah swt nanti. Sabda Baginda yang bermaksud,

kaki manusia pada hari Kiamat tidak berganjak dari sisi Tuhannya sehingga ditanya tentang empat perkara:

1) tentang umurnya untuk apa dia pergunakan,
2) tentang usia mudanya untuk apa dia habiskan,
3) tentang hartanya dari mana dia peroleh dan untuk apa saja dibelanjakan, dan
4) tentang ilmunya untuk apa diamalkan.

Persoalannya, adakah kita takut memikirkan tentang hal ini? Adakah kita sibuk "menyediakan jawapan" kepada soalan-soalan bocor ini?

Dalam hubungan kita dengan bos di pejabat tadi, takut bukan dalam ertikata kunci pintu bilik, off telefon bimbit atau diam tanpa buat apa-apa....takut di sini dalam ertikata kita bekerja sebaik mungkin dan cuba menepati kualiti yang dikehendaki bos. Dalam hubungan dengan Allah swt, kita berusaha untuk jadikan taqwa pakaian kita dalam menjalani setiap apa jua aktiviti kehidupan. Insyaallah dan kita berdoa agar kita dapat menjawab semua persoalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment