Wednesday, November 9, 2011

Usia tua...

Kita pernah dengar ‘ibu seorang dapat jaga 10 orang anak tapi anak 10 orang belum tentu dapat jaga ibu seorang’. Seorang kenalan berkata, “eh! Anak-anak saya dok gitu!”. Kenalan saya itu masih belum pencen dan sihat walafiat. Setiap kali cuti panjang, beliau bersama isteri akan ke KL menziarahi anak-anaknya kerana ke semua anak-anaknya bekerja dan tinggal di KL. Kadang-kadang ke KL sebab anak panggil suruh jaga cucu sebab anak nak pergi bercuti bersama keluarganya. Bagi saya ukuran sebenar kejayaan ibubapa mendidik anak-anak hanya bermula ketika ibubapa berada di usia tua.....

.......usia di mana pasangan sudah tiada (untuk diajak berbual, mengadu hal dan menjadi pendengar setia), telinga sudah tak dengar (asyik berdengung dan berdesing), mata dah kurang nampak (gosok berkali-kali pun masih rasa berhabuk/berpasir/berkabus dan tulisan nampak pecah-pecah/tak sharp), makan pun asyik terlekat dan minum pula asyik jeli’ (tersedak), sukar untuk tidur malam dan tak genero (lena), badan-badan sentiasa rasa lenguh-lenguh dan kebas, bernafas pun asyik tak lepas, jalan dua tiga langkah dah tercungap-cungap, pegang secawan air pun tangan terketar-ketar, takut kepada kegelapan (tidur malam suruh anak cucu buka lampu), air paip yang sejuk rasa macam cucukan pisau tajam jika terkena badan, bila bercakap anak cucu kata, “ayah/mak/atuk/nenek ni asyik cakap benda sama”, nak berjalan terpaksa berpaut kiri dan kanan.

Di ketika sebegini, adakah anak-anak yang 10 orang itu berebut untuk menjaga ibubapa atau memberi pelbagai alasan dan “tolak-menolak” sesama mereka untuk tidak menjaga ibubapa?.

No comments:

Post a Comment