Kelmarin, isteri dan anak saya ke sekolah untuk hantar borang kemasukan ke tingkatan 1. Rupa-rupanya kena beli setem dan sampul surat. Isteri dan anak saya ke kedai untuk beli setem dan sampul surat. Beli extra setem dan sampul surat untuk kawannya. Tiba di sekolah, tersilap beli sampul surat pula.... - sekolah nak yang warna putih. Ke kedai semula untuk beli sampul surat warna putih.
Semasa nak buat pembayaran sampul surat warna putih, sipenjual kata,
"saya beri percuma saja sampul surat putih ni sebab ada sedikit bintik-bintik hitam".
Isteri saya kata kepada anak saya,
"sebab Hadi sedekah sampul surat kepada kawan tadi, Allah buka hati sipenjual untuk beri Hadi percuma sampul surat warna putih".

No comments:
Post a Comment