Wednesday, November 9, 2011

Raudhah...

Allah swt itu Maha Adil. Hanya kita yang gagal memahaminya. Kita sentiasa ukur keadilan daripada kacamata atau perspektif kita sendiri. Kita hamba yang daif dan sentiasa dangkal ilmu. Peluang sentiasa dihulur untuk hambaNya yang ingin mengambilnya. Kita rasa kecewa kerana tidak berpeluang ke Taman Syurga (Raudhah) dalam masjid Nabawi di Madinah. Namun, adakah kita mengambil peluang untuk ke Taman-taman Syurga (Raudhah) di negara kita Malaysia, di kampung kita, di kawasan taman perumahan kita, di sebelah rumah kita? Rasulullah s.a.w menyuruh kita singgah apabila melintasi taman-taman syurga dan mengatakan bahawa taman-taman syurga itu ialah majlis zikir/ilmu. Tanya diri hubungan kita dengan majlis ilmu. Adakah kita rasa rugi tidak menghadirinya? Adakah kita hanya hadir bila diajak, ada masa lapang, sebab orang lain semua pergi atau bagaimana? Bila kali terakhir kita hadir majlis ilmu? Jika kita bos syarikat atau organisasi, pernah ke kita anjurkan majlis ilmu di syarikat atau organisasi dan arahkan semua pekerja hadir?

No comments:

Post a Comment