Minggu lepas, saya balik kampung bersama keluarga untuk tempoh 2 hari. Semasa mengemas pakaiannya, anak saya yang berumur 12 tahun berkata,
“Abah! Tak payah bawa pakaian banyak lah dok sebab kita nak balik kampung sekejap je. Cuti sekolah ni baru bawa banyak pakaian sebab nak balik lama”.
Kanak-kanak pun tahu iaitu persiapan sepatutnya selari dengan tempoh – tempoh singkat, persiapan sepatutnya ala kadar. Tempoh lama, persiapannya barulah hebat.
Dalam surah Al-Mu’minun, ayat 112 hingga 114, Allah berdialog tentang tempoh kehidupan di dunia yang singkat:
- Dia (Allah) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” (112)
- Mereka menjawab, “Kami tinggal (di Bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.” (113)
- Dia (Allah) berfirman, “Kamu tinggal (di Bumi) hanya sebentar saja jika kamu benar-benar mengetahui.” (114)
Ironinya, walaupun kehidupan di dunia ini singkat dan kehidupan di akhirat never ending story, ramai daripada kita buat persiapan hebat untuk dunia dan ala kadar untuk akhirat.
No comments:
Post a Comment