Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
Didik anak - sentiasa berbaik sangka!
Bagusnya Syaitan
Doa Lailatul Qadr
Sunday, August 29, 2010
Keutamaan kita?
100 meter terakhir. Pecut!
Pernah lumba lari? Masa sekolah rendah ke? Masa di kampung dulu-dulu ke? Dengan suami/isteri (macam Rasulullah SAW dengan Aisyah) ke? Atau pernah tengok orang berlumba lari di acara sukan mana-mana ke? Biasanya 100 meter terakhir ni pelari akan pecut habis-habisan. Fokus sepenuhnya kepada peluang terakhir memenangi larian. Perkara lain "tolak tepi"!. Ramadhan 1431H/2010 sudah masuk 10 hari terakhirnya. Sejak semalam, kita sepatutnya dah mulakan pecutan! Kalau sebelum ini, terawih 8 rakaat, mungkin tingkatkan kepada 20 rakaat. Kalau sebelum ni, lelap mata pukul 11 malam dan jaga sahur 5 pagi, mungkin pukul 2 atau 3 pagi dah bangun. Kalau sebelum ni, asyik salahkan jam loceng yang dikatakan "tak berbunyi", mungkin kena tambah 10 lagi jam loceng dengan nada deringnya macam kilat! Kalau sebelum ni, hanya sempat solat tahajud 2 rakaat bila bangkit sahur, kena usahakan agar sempat solat taubat, solat hajat dan solat tasbih. Nabi SAW yang sudah dijanjikan syurga pun masih berusaha gigih untuk mencari Lailatul Qadr. Kita? Takkan kita yang bau syurga pun entah dapat entah kan tidak menciumnya, sombong tak nak berusaha menyambut "tawaran" Allah SWT. Beruntunglah orang yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT untuk terus berusaha meningkatkan ketaqwaan hingga ke saat akhir Ramadhan. Dalam pertandingan lumba lari, ada yang terseliuh kakinya dan tak mampu sampai ke garisan penamat. Ada juga yang sampai di pertengahan jalan, dah mengalah! Yang biasa berlaku terus berlaku dalam Ramadhan kali ini - saf-saf di surau/masjid dah mula kurang dan "saf-saf" di kaunter bayaran di supermarket makin panjang. Surau/masjid longgar, supermarket ssumbat! Kita ciptalah apa jua dan sebanyak mana alasan. Kita tahu atau akan tahu yang diri kitalah yang rugi!3 anak tangga, 3 amin....
Saturday, August 28, 2010
Nuzul Qur'an? Hari kemerdekaan?
Wednesday, August 25, 2010
AMALAN HARIAN: Surah Al-Waqiah
Ciri-ciri orang bertaqwa
Tuesday, August 24, 2010
Perang bisu!!!
Saya teringat seorang negarawan pernah mengatakan yang beliau hanya perlukan 10 orang anak muda untuk mengegarkan negaranya. Di zaman Rasulullah SAW, anak muda diberikan peluang memimpin bala tentera serta buah fikirannya didengari Rasulullah SAW. Sekarang ini pula Regim Yahudi mengenakan sekatan kepada orang muda Palestin untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa. Siapa yang kita lihat membaling batu ke arah tentera Yahudi setiap kali kisah Palestin ditonjolkan di kaca TV? Malah dalam kontek keluarga saya sendiri, jika orang muda melibatkan diri, program (misalnya, majlis kahwin, hari keluarga, dll.) sangat mudah diadakan dan berjaya. Ini semua menunjukkan bahawa orang muda atau remaja itu penting. Orang muda/remaja ibarat sendi-sendi kepada anggota badan, tiang seri rumah, pemegang bendera dan barisan hadapan masa perang. Justeru, untuk secara berkesan jahanamkan sesebuah keluarga, negara, ketamadunan, agama, kena rosakkan anak muda/remaja/belianya. Ini sudah jadi strategi yang telah lama dipraktikkan musuh Islam di Malaysia. Kita kata kita aman kerana kita tiada perang macam Iraq, Iran, Palestin, Afghanistan. Adakah kita tenang? Dulu saya bersyukur tak tinggal di bandar seperti KL kerana beranggapan hanya kota Metropolitan seperti KL "diserang"!!. "Serangan"nya dah meluas hingga ke bandar kecil dan kampung-kampung kita yang dulunya harmoni dan sejahtera. Syukuri nikmat yang dianugerahi Allah SWT
Tontonlah video ini tentang kisah benar kemiskinan di Filipina, dan buat pengajaran. Allah SWT menyuruh kita melihat "ke bawah" agar kita sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanNya. Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah kami yang terlalu alpa dan angkuh dengan kurniaanMu - mengkritik makanan walaupun dah penuh meja, melenting/merajuk dengan sedikit masin atau tawar atau manis atau masam makanan rezeki pemberianMu, dan sikap tamak serta membazir!
Monday, August 23, 2010
Jari jemari & anak!
Amati jari jemari kita yang lima. Walaupun ia dari satu pergelangan tangan tapi setiap satu tak sama antara satu sama lain - jari kelingking kecil dan kurus, jari manis besar & panjang sedikit daripada jari kelingking, jari hantu yang paling panjang, jari telunjuk dan ibu jari yang paling besar dan nampak paling stabil berbanding 4 jari yang lain. Bila nak ambil nasi dalam pinggan untuk disuap ke mulut, boleh dikatakan kesemua lima jari digunakan. Kalau nak menumbuk, kelima jari digengam erat. Jika tumbuk orang atau bola tampar dengan mana-mana satu jari, boleh ssetok urat atau patah jari! Dalam sebuah keluarga, mungkin ada anak yang cerdik/kurang cerdik, berjaya/tidak berjaya dalam hidup, sejuk/panas mata memandang dan sebagainya. Walaupun begitu, pilih kasih tidak harus ada dalam diari ibubapa kerana seperti analogi jari jemari tadi, setiap anak ada sumbangannya yang tersendiri (bila tiba masanya). Contohnya, anak yang berjaya mungkin tinggal di bandar besar. Siibu/ayah yang tua pula tinggal di kampung. Dengan siapa? Dengan si anak yang tak berapa berjaya dalam hidup! Kekuatan anak yang di bandar mungkin dari segi sumbangan kewangannya. Kekuatan anak yang di kampung pula dari aspek bantuan fizikal yang mudah dihulur bila diperlukan. Semuanya sudah disusun rapi oleh Allah SWT. Justeru, fahami perbezaan, hargai kekuatan masing-masing, wujudkan persefahaman untuk hasilkan tindakan yang berkesan! Ringan tapi berat!
Ø³Ø¨ØØ§Ù† الله وبØÙ…ده Ø³Ø¨ØØ§Ù† الله العظيم
Sunday, August 22, 2010
Jumpa TUAN vs. Jumpa TUHAN!
Buang "duri di jalan"
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Pasa suatu ketika ada seseorang berjalan di jalan umum. Ia melihat duri, lalu dibuangkannya. Tuhan memberinya pahala dan ampunan." Dalam Islam, buat baik dengan buang duri yang kecil di jalan pun dapat pahala. Kekadang bila kita berjalan (terutamanya di jalan kampung), ada pelepah kelapa jatuh melintang jalan. Payah kita nak turun alihkan untuk kelancaran perjalanan orang ramai. Hadis ini juga menggambarkan betapa pentingnya memudahkan urusan orang lain. Dalam gambar di atas, kereta merah diparking melintang. Dah lah menyukarkan pergerakan orang lain, ianya juga menidakkan hak orang lain - tempat yang sepatutnya boleh diparking dua, kini hanya boleh diparking satu!.Saturday, August 21, 2010
Keberkatan? Anugerah?
Tuesday, August 17, 2010
Rahmat Allah jadikan orang beriman hebat...
Monday, August 16, 2010
Dah di gear berapa?
Tuk tak tuk tak...Ramadhan dah masuk hari ke-7. "Lap" pertama dari 3 lap kesemuanya dah nak habis. Kita pula dah di gear berapa? Masih di gear 1? Ke dah naik gear 2? Ke di gear reverse atau P (untuk otomatik)? Rugilah jika kita masih tidak tingkatkan kelajuan. Orang lain siap buat drift lagi...Apa? cc kecik? No problemo! Ferrari ke, kancil ke, lori ke...semua boleh menang. Jom! Masih belum terlambat untuk kaut sebanyak mungkin kelebihan Ramadhan. Sunday, August 15, 2010
Ya Allah! Anta Rabbi....Ana abdi....
Didik anak ikut cara Islam
Berikut adalah ringkasan artikel yang diterima daripada Khazanah Ilmu (Ezzah). Rasullulah mengklasifikasikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat:sebaik dilahirkan azan ditelinga kanan dan iqamat ditelinga kiri. Mandikan. Berikan nama yang baik (maksudnya). Jika 4 anak lelaki, namakan seorang yang sama nama dengan Nabi Muhammad SAW. Buat aqiqah. Menyusukan anak, paling lama 2 tahun atau 2 1/2 tahun. Hampir umur 7 tahun, ajar solat berjemaah. Suruh anak lelaki azan & iqamah. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan. Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk).
(2) antara 7 hingga 14 tahun & (3) antara 14 hingga 21 tahun
Ajar baca Qur'an & kenal ayat-ayat Allah SWT serta maknanya sewaktu usia 7 tahun. Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tidak solat. Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dengan anak perempuan. Ajar hadis tentang amalan harian. Tanamkan rasa cinta kepada nabi SAW. ajak anak beriadah dan jangan terlalu manjakan. Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji dan jangan bezakan anak. Bersalam dan cium tangan ibubapa. Budayakan beri dan jawab salam, ucapan terimaksih dan Alhamdulillah. Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam tabung setiap kali ke masjid atau bekas pengemis). Ajar biasakan ucap, "Bismillahhirahmanirrahim" sebelum mulakan tugasan. Ajar doa-doa harian. Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri. Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (terutamanya Al-Quran) dan rajin berusaha. Jika anak lakukan kesalahan, bertenang dan jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil anak masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas apa salahnya dan jika terbukti bersalah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, cuci kenderaan, sapu sampah, dll). Ajar bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
Jangan jadi manusia yang sombong
Saturday, August 14, 2010
Jangan buruk sangka dengan Allah...
Anak saya lama dah minta dibelikan alat permainan PSP. Beliau minta secara konsisten - kalau dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan (walaupun ujian bulanan), beliau akan minta PSP sebagai hadiahnya. Pendeknya, PSP!PSP!PSP!. Dia tak terima walau apapun alasan yang saya berikan. Dia merajuk dan katakan yang saya dah tak sayangkannya lagi!. Saya ingin tangguhkan pembelian PSP tu kerana berpendapat dengan umurnya yang semuda itu (muda jjetik, kata orang ganung!), ia akan memudaratkan anak saya. Sebagai ibubapa, sememangnya kita ingin memastikan hanya yang terbaik untuk anak tersayang. Nak menyakinkan dia bahawa apa yang dikehendakinya itu sebenarnya tak elok untuk dia, amat sukar sekali. Begitulah juga hubungan kita dengan Allah SWT. Ada orang yang bersangka buruk dengan Allah SWT bila apa yang dikendaki atau doa tidak dimakbulkan Allah SWT. Ada yang kata, "Dah bbuih doa, tapi tak dapat pun!". Lebih teruk lagi, merajuk dengan Allah hingga tak ingin lagi berdoa. MasyaAllah! Sebagai hamba Allah SWT, kita sememangnya lemah. Apa yang kita sangka baik untuk diri mungkin sebenarnya tidak baik, dan begitulah juga sebaliknya. Allah maha Mengetahui. Maksud firman Allah SWT, "Difardhukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi ada yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, 2: 216). Ulamak membuat rumusan tentang kaedah dan keadaan Allah mengabulkan doa hambaNya, berdasarkan sebuah hadis nabi SAW:3) dihindarkan bahaya.
4) Allah berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat.
5) Kifarat kepada dosa-dosa
Imej dipinjam drp. http://www.englishbaby.com/blog/Hikmah/view_entry/42064
Doa
Kategori manusia yang mustajab doanya:
- Doa ibubapa kepada anak-anak.
- Doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibubapa.
- Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan.
- Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat.
- Doa orang yang sedang dalam musafir.
- Doa orang yang berpuasa.
- Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.
Sumber: Majalah SOLUSI Edisi 22
Beras 5 kg...

Saya nak bagi tapi..
Thursday, August 12, 2010
Rahmat Allah di bulan Ramadhan
Kita semua akui yang bulan Ramadan bulan penuh rahmat. Malangnya, ramai daripada ramai yang sekadar kata - mengharapkan kerahmatan tanpa berusaha untuk mendapatkannya. Intipati sabda Nabi SAW memberitahu kita yang ramai daripada orang yang berpuasa hanya dapat lapar dan dahaga. Rahmat Allah SWT bukan hanya untuk dibual bicara. Macam kita tengok pohon yang berbuah lebat, bergantungan di dahan. Kata kita, "eeeiiii...lebatnya buah!". Kita tidak akan dapat jika tak mengaitnya. Di bulan Ramadhan kena perbanyakkan aktiviti yang mendekatkan kita dengan Allah SWT untuk kita mendapat rahmatNya - contoh, beriktikaf di masjid (untuk solat berjemaah, dengar kuliah ilmu, baca Al-Quran, zikir, dll.), bersedekah, taddarus Al-Quran, beri makan orang berbuka puasa, solat-solat sunat (termasuklah sebelum & selepas solat fardhu, Dhuha, Terawih dan Witir). Ramadhan akan cepat berlalu tanpa kita sedari. Azam kita untuk jadikan Ramadhan ini yang terbaik setakat ini akan gagal jika ianya hanya sekadar azam. Berusahalah...dengan sabar!Wednesday, August 11, 2010
Lelaki dayus!
Ada juga yang diutarakan persoalan bagaimana jika sisuami kata yang dia dah berbuih mulut nasihat siisteri tapi tak nak dengar. Jawab Dato', tak cukup dengan buih mulut. Langkah yang perlu dibuat selepas dah lengoh nasihat ialah jangan tidur dengan isteri (setengah ulamak berpendapat selama 41 hari), kemudian jika tak berkesan juga, pukul (tanpa mendatangkan kemudaratan). Setelah diusahakan semua itu, barulah sisuami terselamat dari siksaan tidak menjalankan amanahnya. Hadi Nabi SAW yang bermaksud, "Tiga yang Allah haramkan baginya syurga: orang yang ketagih arak, sipenderhaka kepada ibubapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya (Riwayat Ahmad).Tuesday, August 10, 2010
"Skim cepat kaya" RAMADHAN
Monday, August 9, 2010
Syaitan cuti bergaji penuh!
Islam kapal selam!
Kapal selam biasanya menyelam. Namanya pun kapal selam! Namun, sekali sekala, ia akan timbul di permukaan laut untuk memenuhi keperluan tertentu. Islam kita janganlah macam kapal selam - tenggelam timbul! Bila senang lupa Allah, bila susah ingat Allah. Tutup aurat bila hadir majlis maulidulrasul/ziarah orang mati/kuliah agama di pejabat, buka aurat di masa lain. Di bulan Ramadhan, solat di masjid/surau, sedekah dan sebagainya tapi semua itu hilang bila Ramadhan berakhir! Ingatlah dan dampingilah Allah sentiasa - bila dan di mana saja! Ramadhan oh ramadhan!
Beberapa perkara dapat kita pelajari daripada skrip di atas:
- Sunnah Nabi SAW apabila berbuka puasa - kurma/tamar dan susu
- Memberi makan orang berbuka puasa antara amalan yang digalakkan dan besar pahalanya (orang yang beri makan dapat pahala semacam orang yang berbuka itu - bayangkan jika kita beri makan berbuka puasa satu jemaah masjid. Subhanallah!)
- Tabiat & budaya orang Melayu "besarkan" hal makan - walaupun orang jemput makan percuma, boleh dikritik lagi menunya.
- Bagi sesetengah orang, waktu berbuka waktu "balas dendam" tahan makan satu hari sehingga memudaratkan diri dan menghalang kesempurnaan amalan kepada Allah SWT pada malam hari.
- Kawan yang baik akan menasihati kawannya ke arah kebaikan.
Wanita & Semalu
Sunday, August 8, 2010
Ibadat sunat untuk rumah di akhirat
Saturday, August 7, 2010
RAMADHAN - Terkejut & terkesut
Jika terkejut, biasanya kura-kura akan memasukkan kepala (atau kepala-kepalanya) ke dalam cengkerangnya. Setiap kali Ramadhan menjelma, banyak yang terkejut dan terkesut. Perut terkejut kerana biasanya siang hari diisi, tiba-tiba tiada apa yang masuk walaupun jerih meminta. Perut juga jadi terkejut sebab santapan awal malam jadi istimewa - banyakkkkk kekadang sampai se'eh dan nak bernafas pun sukar! Perut terkejut seklai lagi sebab malam-malam buta dan dini hari pun ada makanan masuk walaupun dalam separuh sedar. Yang lagi terkejut dan terkesut ialah masjid/surau. Sebelum ini lengang, tiba-tiba jadi penuh rumbu! Alhamdulillah! Malangnya masjid/surau akan terkejut sekali lagi bila di hujung Ramadhan, ia kembali lengang seperti sedia kala. BERSAMALAH KITA BERUSAHA AGAR RAMADHAN KALI INI MENJADI TITIK PERUBAHAN KITA KE ARAH MENINGKATKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT.Kesalahan dalam cara berpakaian wanita Islam
Imej di atas dipinjam daripada http://www.portalwongsukses.com/. Tentang cara berpakaian ni lama dah dibincangkan dan ramai yang dah sedia maklum. Namun, kita masih utarakan di sini dengan harapan perbincangan secara berterusan tentang isu ini akan memberi kesedaran kepada semua. Pakaian seluar ketat, sendat, baju "adik", baju singkat dan lengan pendek, seluar cawat pendek, nampak pusat dan lurah punggung, tudung kecik, dada tersembul - ini adalah cara berpakaian yang berlawanan dengan syariat tetapi dipraktikkan secara berleluasa masakini. Adakah mereka yang sebegini TAK TAHU SUNGGUH atau TAHU TAPI SENGAJA TAK NAK IKUT? Bukan hanya remaja, bini orang/mak budak pun ada yang berpakaian begitu. Apa sebenarnya kebaikan berpakaian sebegitu? NAK TUNJUK LAWA? Bagi yang tiada rupa, berpakaian sebegitu semakin memburukkan penampilan. Sebenarnya, yang tiada rupa akan lebih anggun dengan pemakaian menutup aurat dengan sempurna. Kecantikan sebenar terletak kepada kombinasi cara berpakaian, sikap (hati) dan tuturkata yang baik. Bagi yang ada rupa, cara berpakaian menjolok mata akan menenggelamkan keayuan mereka. Samalah dengan yang ada rupa tapi perangai buruk. NAK TARIK PERHATIAN? Mungkin berjaya untuk pandangan pertama tapi percayalah, perhatian yang diterima tiada gunanya jika ia tidak disusuli dengan pujian. Orang yang benar-benar beriman tidak akan rasa kagum apabila melihat kemaksiatan. Pendedahan aurat satu kemaksiatan kepada Allah SWT. NAK NAMPAK SEKSI? Saya lelaki, perut berlipat sampai boleh sembunyi duit 10 sen dalam pusat - kalau saya pakai ketat dan sendat pun orang mungkin tak kisah tapi saya masih rasa malu! Jadi saya tak boleh fikir bagaimana ada wanita yang boleh pakai sendat sampai nampak ketulan badan mereka. MasyaAllah! Kita rasa seksi, orang yang tengok seksa! Kalau begitulah, kita memang nak kumpul dosa dan undang bahaya dengan cara berpakaian kita. Bagaimana jika yang tengok kita tu Mat Gila Sex? Percayalah, pengingkaran kepada hukum hakam Allah SWT akan membawa kesan buruk kepada kita. FASHIONABLE? Apa guna fesyen terkini jika mati nanti dibakar api!. Kita mesti bangga dengan Islam. Amat malang jika kita malu dengan pakaian menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. JANGAN CARI REDA MANUSIA HINGGA ALLAH MURKA. CARI REDA ALLAH WALAU MANUSIA MURKA! Penciptaan kita sebagai produkNya didatangkan dengan "user manual" (AlQuran & Hadis) untuk diikuti, bukan diingkari. Papan iklan tentang ISLAM


Suka dan bangga tengok papan iklan tentang Islam terpampang di billboard di jalan raya. Malangnya, tak banyak iklan tentang Islam ini kelihatan di negara kita. MENGAPA TAK BANYAK? Negara kita negara ramai orang Islam. Para pemimpin pun ramai yang Islam. Syarikat yang dimiliki dan diterajui orang Islam pun banyak. SIAPA YANG BOLEH MENYUMBANG iklan macam gambar-gambar di atas? Majlis Daerah, Perbandaran? Syarikat korporat? NGO? Surau/Masjid? persatuan? Individu? MENGAPA PENTINGNYA PAPAN IKLAN TENTANG ISLAM INI DI JALANRAYA KITA? Saya cadangkan papan iklan sebegini diperbanyakkan.Tuesday, August 3, 2010
Hanya ini yang ayah minta....
Kewajipan menutup aurat dalam Islam jelas. Jika ditanya kepada mereka yang tidak menutup aurat pun, mungkin mereka mengakui yang menutup aurat tu wajib. Malangnya, ramai lagi yang ingkar. Lebih malang lagi mereka ini termasuk orang yang cerdik pandai dan berjawatan tinggi. Mengapa ilmu dan kecerdikan yang dianugerahi Allah tak buat kita akur perintah asas Allah ini? Di mana tanda kesyukuran kita kepada Allah Yang Maha Esa? Ada orang Islam yang turun daripada kereta mewah dan berjalan di pasar malam berseluar pendek sambil memimpin anak dengan selambanya. Adakah kita dah terlalu maju hingga tak perlu malu lagi dengan orang lain apatah lagi Allah SWT. Ada yang boleh pula menutup aurat dengan sempurna bila hadir ke majlis tertentu seperti kematian, majlis Tilawah Al-Quran, maulidul Rasul dan sebagainya. Ada satu kisah yang ingin dikongsi - orang bukan Islam dikehendaki menutup aurat bila nak masuk melawat masjid Kristal di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Ada baju dan tudung khusus disediakan untuk mereka. Seorang perempuan Islam menghampiri pakcik (agak berumur) pengawal masjid dan minta baju & tudung khusus tu. Berbisik pakcik pengawal tu kepada saya, "Orang puang lo ning kalu tengok pada cara berpakaian, susoh doh nok bezakan orang Islam dengan orang bukan Islam!". Ingatlah, kita tak hebat sentiasa, kita tak sihat dan muda sampai bila-bila. Kita akan mati!!. Kita yang berkehendakkan kepada Allah SWT dan bukannya Allah yang berkehendakkan kepada kita. Jadi janganlah kita sombong dengan Allah SWT. Ironinya, dikala orang Islam di negara orang putih memperjuangkan hak pemakaian tudung, orang di negara kita yang tiada sebarang tekanan pula tak menutup aurat. Sebagai ayah/suami/ketua keluarga, kita pastinya tak ingin kesilapan lalu menghantui kita di hujung usia, apatah lagi jika kita sudah di alam baka. Kita berdoa semoga mereka yang jauh daripada Allah kembali mendekati Allah serta kita semua diberikan kekuatan untuk sentiasa patuh hukum hakam Allah SWT.Monday, August 2, 2010
Kejadian manusia (credit to islamgreatreligion.wordpress.com)
Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar (At-Tariq, Ayat 5-6).

Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik (Al-Mu'minun, Ayat 14).
Ikut resmi anggur!
Allah suruh kita perhatikan kejadianNya agar kita bersyukur, tingkatkan ketaqwaan dan ambil pengajaran. Anggur, walaupun tangkainya kecil, buahnya banyak bertongkol-tongkol. MasyaAllah! Walaupun miskin, kena banyak bersedekah. Bersedekah bukan dengan pitih semata-mata. Senyum dan wirid pun termasuk kategori sedekah. Walaupun kecil/kerdil/tak berpengaruh, kena banyak manfaat kita kepada manusia lain. Ada anggur yang bermacam warna dalam satu tangkai. MasyaAllah, harmoninya! Ada adik-beradik yang lahir daripada rahim ibu yang sama pun tidak boleh bertemu, bergaduh dan tak bertegur sapa.Sunday, August 1, 2010
Ramadhan & Bola
PERJALANANku
Dah berapa lama kita bermusafir di dunia ini?20?30?40?50?atau dah lebih 60 tahun? Di alam roh, kita buat akujanji yang hanya Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa. Dalam solat pun kita berjanji, "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanyalah untk Allah Tuhan semsta alam". Lepas solat, ada orang yang buka aurat, tipu orang, khianat orang, "buat kuih tupat", rasuah, derhaka ibubapa, liat solat, arak/judi jadi biasa, ingkar hukum hakam Allah dan pelbagai lagi maksiat kepada Allah. 4 bulan dlm. kandungan, roh ditiup ke dalam jasad. Tempoh ibu mengandungkan kita 9 bulan bukan mudah. Sakit melahirkan kita bukan kepalang. Nyawa jadi taruhan. Ironiknya, ada anak yang lupa semua ini bila dewasa. Zaman bayi, kita ibarat kain putih. Ibubapa sanggup bercekang mata (biasanya ibu le...) dek melayan karenah kita. Zaman kanak-kanak, zaman suka tanpa duka. Kemudian zaman remaja - zaman penuh gelora! Kemudian kita dewasa, bekerja dan berumahtangga. Bermulalah zaman "siaran ulangan". Roda mula berpusing! Kita lalui jalan sebagai suami isteri atau ibubapa seperti mana ibubapa kita lalui. Kemudian zaman tua - kita mungkin memahami ibubapa kita sepenuhnya pada zaman ini. Namun, mereka mungkin dah tiada untuk kita betulkan kesilapan yang mungkin ada. Ada orang tunggu zaman tua (pencen) untuk buat ibadat kepada Allah sungguh-sungguh. Zaman, lutut longgar, zaman ubat dah seplastik gelenyal, zaman nasi mudah tersekat di kerongkong, zaman kerap jjelik (terbelahak) bila minum. Semua itu perjalanan hidup kita di dunia. Ianya ada titik henti. Bila? Bila kita mati? Bila? masa dan tempatnya misteri. Tapi yang pasti, ianya pasti. BACA SETERUSNYA DALAM BULETIN TAZKIRAH_Ogos2010. KLIK LINK DI SEBELAH KANAN.

