Sunday, August 22, 2010

Buang "duri di jalan"

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Pasa suatu ketika ada seseorang berjalan di jalan umum. Ia melihat duri, lalu dibuangkannya. Tuhan memberinya pahala dan ampunan." Dalam Islam, buat baik dengan buang duri yang kecil di jalan pun dapat pahala. Kekadang bila kita berjalan (terutamanya di jalan kampung), ada pelepah kelapa jatuh melintang jalan. Payah kita nak turun alihkan untuk kelancaran perjalanan orang ramai. Hadis ini juga menggambarkan betapa pentingnya memudahkan urusan orang lain. Dalam gambar di atas, kereta merah diparking melintang. Dah lah menyukarkan pergerakan orang lain, ianya juga menidakkan hak orang lain - tempat yang sepatutnya boleh diparking dua, kini hanya boleh diparking satu!.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment