Monday, August 30, 2010

Bagusnya Syaitan

Tazkirah Subuh di Masjid Lama Sura oleh Ustaz Ahmad (21 Ramadhan 1431H/31 Ogos 2010) - syaitan tak pernah alpa, komited serta berterusan dalam menghasut manusia melakukan maksiat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dalam satu hadis Nabi SAW bahawa bagi setiap seorang manusia tak kurang daripada 10 syaitan yang sentiasa mendampinginya. Hatta bila seseorang itu masuk ke dalam masjid/surau, masih ada syaitan yang ikut masuk, manakala yang lain tinggal di luar masjid/surau. Semasa bersolat pun diganggunya lagi manusia. Bila dok dengar kuliah ilmu, ditariknya kelopak mata supaya kita ngantuk, dicokek (geletek)nya pinggang supaya cepat lenguh dan sebagainya. Bila seseorang itu keluar masjid/surau, syaitan akan berkumpul semula dan memainkan peranan masing-masing. Malah, jika ada syaitan yang "curi tulang", ianya akan dipanggil untuk sama-sama mendekati manusia itu untuk memesongkannya dari jalan Allah SWT. Semasa bulan ramadhan ini syaitan dirantai. Namun, "tarbiyah"nya yang bersungguh-sungguh terhadap nafsu selama 11 bulan yang lain berjaya, terutamanya bagi mereka yang menjauhkan diri daripada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment