Sunday, August 8, 2010

Ibadat sunat untuk rumah di akhirat

Boleh dikatakan setiap orang ada impian untuk miliki rumah sendiri. Kalau boleh nak rumah macam mahligai atau istana. Ada orang sayang sangat rumahnya walaupun semakin hari rumah kata pergi dan kubur kata mari! Ada orang sanggup belanja sakan untuk rumah walaupun hakikatnya, ia tidak akan ikut kita ke kubur! Rumah yang dimaksudkan ini ialah rumah di atas dunia ini. Mengikut hadis Nabi SAW, kita boleh juga ada rumah di akhirat. Bagaimana? Dengan mengamalkan solat sunat 12 rakaat setiap hari, kita akan dianugerahi Allah 1 buah rumah dalam syurga. Subhanallah! Pemurahnya Allah. Tak payah belanja beratus ribu? Ya! Tak payah. Cuba kira solat sunat yang boleh kita amalkan - sebelum dan selepas zohor (2 + 2), sebelum asar (2), selepas maghrib (2), sebelum dan selepas isyak (2 + 2). Tu belum kira solat Dhuha, solat Witir, dan solat Tahajjud lagi.

No comments:

Post a Comment