Tuesday, August 10, 2010

"Skim cepat kaya" RAMADHAN

Alhamdulillah! Hari ini hari pertama Ramadhan 2010. Ramai orang bertungkus lumus membina kekayaan di dunia. Terlalu dambakan kekayaan dunia hingga sanggup tipu orang, tikam belakang, lupa kawan, ketepikan halal/haram dan sebagainya. Bagaimana dengan kekayaan di dunia akhirat? Tentunya, kekayaan di akhirat lebih penting kerana kehidupan di sana never ending story! Umur kita umat Nabi Muhammad SAW tak panjang berbanding umur umat-umat lain. Tolak zaman kanak-kanak dan remaja yang amalan pun entah macam mana, ditambah dengan amalan yang dibuat dalam keadaan kita jahil, berapa sangat masa yang kita habiskan untuk kumpul "kekayaan" yang berkualiti untuk kehidupan di akhirat? Yang dah dibuat itu pun belum tentu diterima. Walaubagaimanapun, Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang - didatangkanNya Ramadhan dengan "skim cepat kaya" yang sebenar dan bukannya palsu macam skim cepat kaya manusia. Amalan sunat dapat pahala wajib manakala amalan wajib dapat pahala berkali ganda dari bulan yang lain. Bayangkan....bila kita berpuasa, kita dapat pahala berpuasa. Tapi bila kita berpuasa dan beri makan berbuka puasa 10 orang lain yang berpuasa (misalnya), kita dapat 2+++, iaitu pahala kita berpuasa dan juga pahala berpuasa 10 orang yang kita beri makan berbuka puasa tadi (Pening? Baca sekali lagi, slowwwww...slowwwww). Amalan di malam Lailatul Qadar pula mendapat pahala amalan 1000 bulan. Hah! Guano gamok? Bertuah tak kita? Tawaran dah ada. Peluang pun dah diberi. Kini....terpulang kepada kita. Rebutlah!

No comments:

Post a Comment