Monday, August 23, 2010

Jari jemari & anak!

Amati jari jemari kita yang lima. Walaupun ia dari satu pergelangan tangan tapi setiap satu tak sama antara satu sama lain - jari kelingking kecil dan kurus, jari manis besar & panjang sedikit daripada jari kelingking, jari hantu yang paling panjang, jari telunjuk dan ibu jari yang paling besar dan nampak paling stabil berbanding 4 jari yang lain. Bila nak ambil nasi dalam pinggan untuk disuap ke mulut, boleh dikatakan kesemua lima jari digunakan. Kalau nak menumbuk, kelima jari digengam erat. Jika tumbuk orang atau bola tampar dengan mana-mana satu jari, boleh ssetok urat atau patah jari! Dalam sebuah keluarga, mungkin ada anak yang cerdik/kurang cerdik, berjaya/tidak berjaya dalam hidup, sejuk/panas mata memandang dan sebagainya. Walaupun begitu, pilih kasih tidak harus ada dalam diari ibubapa kerana seperti analogi jari jemari tadi, setiap anak ada sumbangannya yang tersendiri (bila tiba masanya). Contohnya, anak yang berjaya mungkin tinggal di bandar besar. Siibu/ayah yang tua pula tinggal di kampung. Dengan siapa? Dengan si anak yang tak berapa berjaya dalam hidup! Kekuatan anak yang di bandar mungkin dari segi sumbangan kewangannya. Kekuatan anak yang di kampung pula dari aspek bantuan fizikal yang mudah dihulur bila diperlukan. Semuanya sudah disusun rapi oleh Allah SWT. Justeru, fahami perbezaan, hargai kekuatan masing-masing, wujudkan persefahaman untuk hasilkan tindakan yang berkesan!

No comments:

Post a Comment