Sunday, August 29, 2010

Keutamaan kita?

Dugaan di akhir Ramadhan (1431H/2010) ni makin hebat. Dugaan dari segi perkara-perkara yang boleh menganggu fokus kita dalam pencarian LAILATUL QADR. Lailatul Qadr ialah tawaran hebat daripada Allah SWT yang sebenarnya tak dapat ditandingi oleh mana-mana tawaran/promosi raya oleh mana-mana pasaraya pun. Cuma kita yang mungkin faham tapi tak berapa yakin. Jika kita yakin 100%, masakan kita berpaling kepada yang lain. Walaupun ianya cuma 10 hari (terakhir) Ramadhan berbanding 11 bulan 20 hari yang lain, kita tewas juga. Tak sanggup nak berkorban (tinggal hal keduniaan sekejap) walaupun sekejap cuma. Itupun, di malam hari. Rasulullah SAW "meninggalkan" tempat tidur dan keluarga pada 10 malam terakhir Ramadhan semata-mata untuk cari LAILATUL QADR. Buat perkara-perkara dalam senarai di sebelah kiri (dalam grafik di atas) tak salah tapi janganlah sampai menganggu malam kita yang sepatutnya digunakan untuk cari Lailatul Qadr.

No comments:

Post a Comment