Monday, August 9, 2010

Syaitan cuti bergaji penuh!

Di bulan Ramadhan, syaitan dirantai. Maksud hadis Nabi SAW, "Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai" ~ Riwayat Bukhari dan Muslim. Namun, masih ada yang buat maksiat kepada Allah SWT (contohnya, dedah aurat, pergaulan bebas, beli nombor ekor untuk rebut tawaran istimewa sempena Syawal (MasyaAllah!), tak solat, membazir, mengumpat, menipu dalam berniaga, rasuah, mencuri). Mengapa? Sebab nafsu dah lama berkawan dengan syaitan. Dah jadi akrab! Bila dah akrab, memang boleh diharap. Jika kita outstation, kita minta kawan karib hantar/ambil anak tuisyen bagi pihak kita atau gi selesaikan masalah kereta isteri rosak di jalanraya. Semacam remote control, syaitan hanya petik dari jauh dan nafsu akan menjalankan tugas yang selama ini dijalankan oleh syaitan. Bila ini berlaku, siapa lagi yang kita nak salahkan jika disoal di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment