Wednesday, August 25, 2010

Ciri-ciri orang bertaqwa

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan... (Ayat 133 & 134, Surah Ali Imran).
Berkaitan memaafkan kesalahan orang lain, teringat kisah ahli syurga. Sahabat Nabi SAW sanggup bermalam di rumah seorang lelaki yang dikatakan Nabi SAW sebagai ahli syurga. Tiada amalan luarbiasa dilihat dilakukan lelaki tersebut. Setelah ditanya, lelaki tersebut memberitahu bahawa apa yang beliau biasa lakukan ialah sebelum tidur setiap malam, beliau memaafkan setiap orang yang bersalah dengannya.

No comments:

Post a Comment