Wednesday, August 25, 2010

AMALAN HARIAN: Surah Al-Waqiah

Surah ke-56 di dalam Al-Quran. Mengandungi 96 ayat. Diantara fadhilatnya, sesiapa yang membaca surah ini pada tiap-tiap malam, maka akan terhindarlah dirinya daripada kepayahan selama-lamanya. Jika dibaca kepada orang yang sakit, insyaallah akan ringan sakitnya, jika dibaca kepada orang yang sedang nazak, insyaallah akan diringankan sakaratulmautnya. Jika dibaca untuk ahli kubur, insyaallah akan diringankan siksa kubur.
Dalam sesi tazkirah semasa solat terawih di Masjid Lama Sura pada malam ke-15 Ramadhan 1431H (2010), Imam menceritakan intipati surah al-Waqiah yang dibacanya dalam 4 rakaat Terawih yang pertama. Al-Waqiah tentang kejadian Hari Kiamat yang pasti berlaku. Bila ianya berlaku, manusia terbahagi kepada tiga golongan: (1) golongan KANAN, (2) golongan KIRI, (3) VIP - orang yang paling dahulu beriman.

No comments:

Post a Comment