Sunday, August 29, 2010

3 anak tangga, 3 amin....

Sahabat mendengar Rasulullah SAW mengucapkan "Amin" setiap kali baginda melangkah tiga anak tangga. Bila ditanya sebabnya, baginda mengatakan bahawa pada anak tangga pertama (1), beliau mendengar Malaikat berkata yang rugilah orang yang tidak bersalawat ke atas baginda setiap kali mendengar nama baginda disebut. Baginda mengucapkan "Amin". Pada anak tangga ke dua (2), beliau mendengar Malaikat berkata yang rugilah orang yang masih ada ibubapanya tapi tidak menjaganya dengan baik. Baginda mengucapkan "Amin". Ketiga, baginda mendengar Malaikat berkata yang rugilah orang yang membiarkan Ramadhan berlalu tanpa mengambil peluang/manfaat daripadanya. Baginda mengucapkan "Amin".

No comments:

Post a Comment