Saturday, August 14, 2010

Beras 5 kg...


Masa sedekah yang paling baik ialah dalam bulan Ramadhan. Ustaz Dato' Shamsuri dalam CD beliau menceritakan tentang bagaimana seorang yang telah pulang ke rahmatullah, secara komited dan berterusan menderma semasa hayatnya. Sidermawan tersebut sentiasa "standby", iaitu membawa beberapa kampit beras 5 kg di dalam keretanya ke mana sahaja beliau pergi. Bila jumpa orang susah, diberikannya kampit beras tersebut, walaupun tidak beliau kenali/bukan dari kampungnya. Allahuakbar! cantiknya amalan sedekah beliau. Orang macam ni memang tak cari hebahan dalam TV atau majlis yang dihadiri ramai orang. Cukuplah sekadar Allah SWT yang jadi saksinya. Kita? Kekadang ingat kekadang tak ingat bawa walaupun RM1 untuk tabung masjid semasa solat Jumaat. Allah bagi ruang & peluang kepada hambaNya yang bersungguh dalam beramal. Harapkan orang datang minta sedekah di rumah - itupun kekadang kita tutup pintu atau rasa sangsi. Samalah juga dengan yang datang menghampiri kereta semasa di stesen minyak atau yang tunggu dengan pelbagai tabung dana berdekatan mesin ATM. Akhirnya dalam sebulan, sedekah kita "0".

No comments:

Post a Comment