Monday, August 9, 2010

Wanita & Semalu

Rasulullah SAW memberitahu anaknya Fatimah yang pohon semalu sinonim dengan wanita. Pohon ni walaupun kecil, akarnya kuat mencengkam tanah, berduri tajam, kuncup bila dihampiri dan secara otomatik bila senja menjelang. Wanita Islam pun sepatutnya macam semalu - kuat ikatan dengan Allah SWT, tidak lemah serta mampu mempertahankan maruah diri, punyai rasa malu, dan pulang ke rumah terutamanya bila senja. Banyak panduan yang Allah SWT dan Rasulullah SAW berikan kepada kita, namun kita tak ambil peduli. Cuba tanya diri adakah anak gadis/adik/kakak/isteri/anak saudara/cucu/sepupu/anak jiran (perempuan) kita umpama semalu? Kita boleh cuba jawab semua persoalan di atas dari pelbagai aspek seperti cara berpakaian dan pergaulan.

No comments:

Post a Comment